Arduino?
Arduino adalah sebuah alat yang boleh digunakan untuk mengawal sesebuah sistem elektronik dan elektrik. Ia merupakan platform komputer berteraskan sebuah mikrokontroller dan mempunyai perisian yang mudah ditulis.
Arduino boleh digunakan untuk membuat sesebuah projek, berbagai jenis suis dan pengesan boleh digunakan sebagai input pada arduino dan ianya mampu mengawal berbagai jenis output seperti lampu, motor, dan lain-lain. Arduino boleh dibuat secara sendiri dan mampu berkomunikasi dengan perisian dari komputer anda (cth. processing, flash, excel, matlab dll).
Bahasa pengaturcaraan yang digunakan untuk arduino adalah sangat mudah difahami.
Kenapa memilih arduino?
Terdapat banyak jenis mikrokontroller di pasaran seperti Parallax Basic Stamp, Netmedia's BX-24, Phidgets, MIT's Handyboard, PIC Microchip dan lain-lain. Semua pengeluar alat ini mengambil pendekatan masing-masing menyediakan pakej yang mudah untuk digunakan. Arduino juga cuba memperkenalkan kaedah yang mudah difahami untuk mengendalikan alat ini. Ianya sangat bagus untuk pelajar, guru, dan peminat hobi elektronik untuk belajar sistem ini.
Kelebihan arduino
- Murah - Harga bagi sebuah papan litar arduino adalah sangat berpatutan berbanding platform mikrokontroller yang lain. Bagi sesiapa yang inginkan arduino dengan kos yang lebih rendah mereka boleh membuatnya sendiri.
- Cross-platfrom - Kebanyakkan mikrokontroller adalah terhad kepada Windows. Tetapi arduino mempunyai beberapa keistimewaan iaitu boleh digunakan pada Windows, Macintosh OSX, dan linux OS.
- Bahasa pengaturcaraan yang mudah - Bahasa pengaturcaraan bagi arduino adalah ringkas dan mudah difahami bagi seseorang yang baru mengenal mikrokontroller dan jenis bahasa yang digunakan bagi platform arduino adalah C dan C++ programming language sahaja.
- Open source & Intensible software - Perisian arduino adalah Open source jadi sesiapa sahaja boleh mengubahnya. Bahasa yang digunakan boleh diubah melalui C++ libraries.
- Open Source & Intensible hardware - Arduino adalah mikrokontroller berteraskan Atmel's ATMEGA8 dan ATMEGA168. Litar untuk modul ini boleh di dapati di laman web arduino secara percuma dan sesiapa sahaja boleh memuat turun dan menggunakan litar tersebut untuk menghasilkan arduino mereka sendiri.
No comments:
Post a Comment