Pada 28 Jun 2015 saya menerima satu set Stater Kit Arduino Uno dari Mybotic dengan harga RM104.00 termasuk GST..!! Oleh kerana harga kit ini lebih dari RM100 jadi Mybotic menawarkan penghantaran secara percuma menggunakan Poslaju. Pada asalnya pembelian starter kit ini adalah untuk membuat projek FYP akan datang.
Ok dalam starter kit ni terdapat beberapa komponen asas yang boleh kita guna untuk belajar asas kepada arduino. Contoh komponen yang terdapat dalam kotak kit tu seperti kabel USB, Arduino board, 5mm LED, Perintang, Suis, Pengesan cahaya (LDR), mini breadboard, jumper wire, bateri 9V dan power jack untuk bateri 9V.
Dari komponen yang terdapat dalam kit ni boleh la kita belajar asas Arduino seperti mengelipkan LED atau dimming effect, menjadikan suis sebagai input dan LED sebagai output, menggunakan LDR sebagai input dan LED sebagai Output, belajar cara sambungan menggunakan jumper wire, breadboard dan banyak lagi. Dipendekkan cerita bagi sesiapa ingin belajar tentang arduino eloklah beli starter kit sebagai permulaan.
Video tentang Arduino Starter Kit:
No comments:
Post a Comment