29 Jun 2015

Mengaktif dan Menguji Arduino

Untuk memastikan Arduino yang baru anda beli sama ada berfungsi dengan baik atau tak anda boleh cuba ikut langkah-langkah ni:

  • Sambungkan kabel USB pada Arduino
  • Sekiranya LED (On) pada Arduino menyala menandakan Arduino kita dah dibekalkan dengan elektrik dari kabel USB
  • Buka software Arduino
  • Pastikan saluran Port yang digunakan Arduino sama dengan Port yang digunakan pada software dan pastikan juga jenis board yang digunakan (Cth. Uno, Mega); Tools>Port atau Tools>Board
  • Tekan File>Example>Basic>Blink
  • Tekan Upload --> Done Uploading....
  • Lihat pada Arduino sama ada LED pada Pin 13 berkelip atau pun tidak
**Kalau tak menjadi cuba ulang dari langkah awal
**Untuk mengubah Port bagi Arduino lihat link ni:

Untuk lebih faham anda boleh lihat video ini:


Arduino Starter Kit Set

Pada 28 Jun 2015 saya menerima satu set Stater Kit Arduino Uno dari Mybotic dengan harga RM104.00 termasuk GST..!! Oleh kerana harga kit ini lebih dari RM100 jadi Mybotic menawarkan penghantaran secara percuma menggunakan Poslaju. Pada asalnya pembelian starter kit ini adalah untuk membuat projek FYP akan datang.

Ok dalam starter kit ni terdapat beberapa komponen asas yang boleh kita guna untuk belajar asas kepada arduino. Contoh komponen yang terdapat dalam kotak kit tu seperti kabel USB, Arduino board, 5mm LED, Perintang, Suis, Pengesan cahaya (LDR), mini breadboard, jumper wire, bateri 9V dan power jack untuk bateri 9V.

Dari komponen yang terdapat dalam kit ni boleh la kita belajar asas Arduino seperti mengelipkan LED atau dimming effect, menjadikan suis sebagai input dan LED sebagai output, menggunakan LDR sebagai input dan LED sebagai Output, belajar cara sambungan menggunakan jumper wire, breadboard dan banyak lagi. Dipendekkan cerita bagi sesiapa ingin belajar tentang arduino eloklah beli starter kit sebagai permulaan.

Video tentang Arduino Starter Kit:


27 Jun 2015

Pengaturcaraan Arduino


Dapatkan dalam PDF

                                                                 

Software

Perisian bagi arduino ini boleh digunakan bagi mana-mana model arduino sama ada dari model Uno atau pun Mega dan lain-lain. Perisian bagi Arduino boleh di muat turun secara percuma melalui laman web arduino.cc.

Install

Untuk perisian terkini yang disediakan oleh arduino dikhendaki untuk install perisian tersebut ke komputer/laptop anda. 

Beberapa langkah untuk install dan aktifkan arduino anda:
  1. Muat turun perisian terkini dari laman web arduino.cc
  2. Install perisian arduino
  3. Sambungkan arduino board anda ke komputer/laptop melalui kabel USB
  4. Jika komputer/laptop tidak dapat membaca arduino board anda ikut langkah ini; My Computer>Properties>Device Manager>Port(COM&LPT)>Arduino Uno>Properties>Driver>Update Driver>Browse my computer>C:\Program Files (x86)\Arduino\drivers
  5. Cabut dan pasang semula kabel USB dan SIAP..!!
  6. Buka perisian arduino Tools>Board>Arduino Uno
  7. Tools>Port>pastikan port sama seperti di Device manager
  8. File>Example>Basic>Blink>Ctrl+U dan  lihat LED pada pin 13 berkelip menandakan arduino anda sudah diaktifkan

Menukar PORT

Device Manager>Port(COM&LPT)>Arduino Uno>Properties>Port setting>Advance>COM Port Number




Spesifikasi


Arduino UNO adalah sebuah mikrokontroller berteraskan ATmega328. Ia mempunyai 14 pin masukan/keluaran (6 pin boleh digunakan sebagai keluaran PWM), 6 pin masukan analog, 16 Mhz ceramic resonator, sambungan USB, sambungan bekalan kuasa, sambungan ICSP, dan butang RESET. Ia juga mengandungi semua yang diperlukan untuk menyokong platform mikrokontroller ini dengan hanya menyambungkan ke komputer menggunakan kabel USB atau bekalan kuasa untuk memulakannya.


Microcontroller                
ATmega328
Operating Voltage         
5V
Input Voltage   (recommended)
7-12V
Input Voltage (limits)
6-20V
Digital I/O Pins
14 (of which 6 provide PWM output)
Analog Input Pins
6
DC Current per I/O Pin
 40 mA
DC Current for 3.3V Pin
 50 mA
Flash Memory
32 KB (ATmega328) of which 0.5 KB used by bootloader
SRAM
2 KB (ATmega328)
EEPROM
1 KB (ATmega328)
Clock Speed
16 MHz


Bekalan kuasa

Arduino boleh dihidupkan melalui sambungan kabel USB atau bekalan kuasa yang mana arduino akan memilih sumber bekalan kuasa ini secara automatik.

Bekalan kuasa selain kabel USB ini boleh diberi sama ada dari AC-to-DC adapter ataupun dari bateri. Jika menggunakan adapter anda boleh menyambungkannya pada power jack yang disediakan pada arduino. selain jika menggunakan bateri anda boleh menyambungkan wayar positif pada pin Vin dan negatif pada pin Gnd.

Papan litar ini boleh beroperasi menggunakan bekalan kuasa antara 6-20V. Tetapi jika anda menggunakan 12V ke atas, voltage regulator akan mudah rosak. Cadangan nilai volt yang sesuai adalah di antara 7-12V.

Pin berkalan kuasa adalah seperti berikut:
  1. Vin - Ia adalah Input Voltage ke papan litar arduino jika menggunakan sumber bekalan kuasa seperti bateri.
  2. 5V - Pin ini adalah pin keluaran yang menghasilkan 5V
  3. 3V3 - Pin ini juga adalah pin keluaran yang menghasilkan 3.3V dan nilai arus 50mA
  4. Gnd - Ia adalah Pin Ground atau negatif



Pin Masukan dan Keluaran

Setiap 14 digital pin yang terdapat pada Uno boleh digunakan sebagai masukan dan keluaran, menggunakan fungsi pinMode(), digitalWrite(), dan digitalRead(). Ia beroperasi pada 5V. Setiap pin menyediakan atau menerima arus elektrik maksimum 40mA dan mempunyai internal pull-up resistor pada 20-50kOhm.

Terdapat beberapa pin yang mempunyai fungsi istimewa:

  1. Serial: 0(RX) dan 1(TX). Digunakan untuk menerima (RX) dan menghantar (TX) TTL Serial data. Pin ini disambungkan pada pin ATmega8U2 USB-to-TTL Serial chip.
  2. External Interrupts: 2 dan 3. Pin ini boleh digunakan sebagai fungsi attachInterrupt().
  3. PWM: 3,5,6,9,10 dan 11. menyediakan 8-bit keluaran PWM dengan fungsi analogWrite().
  4. SPI:10(SS), 11(MOSI), 12(MISO), 13(SCK). Pin ini digunakan untuk SPI Communication melalui SPI Library.
  5. LED:13. Pin ini adalah digital pin bersama sambungan LED. Apabila pin ini diberi kuasa 5V atau HIGH LED akan menyala dan bila diberi kuasa 0V ia akan terpadam.

Uno mengandungi 6 pin masukan analog yang dilabelkan dengan A0 - A5, setiap satunya menyediakan 10 Bits of resolution (bernilai 1024).

26 Jun 2015

Apa itu Arduino?

Arduino?

Arduino adalah sebuah alat yang boleh digunakan untuk mengawal sesebuah sistem elektronik dan elektrik. Ia merupakan platform komputer berteraskan sebuah mikrokontroller dan mempunyai perisian yang mudah ditulis.

Arduino boleh digunakan untuk membuat sesebuah projek, berbagai jenis suis dan pengesan boleh digunakan sebagai input pada arduino dan ianya mampu mengawal berbagai jenis output seperti lampu, motor, dan lain-lain. Arduino boleh dibuat secara sendiri dan mampu berkomunikasi dengan perisian dari komputer anda (cth. processing, flash, excel, matlab dll).

Bahasa pengaturcaraan yang digunakan untuk arduino adalah sangat mudah difahami.


Kenapa memilih arduino?

Terdapat banyak jenis mikrokontroller di pasaran seperti Parallax Basic Stamp, Netmedia's BX-24, Phidgets, MIT's Handyboard, PIC Microchip dan lain-lain. Semua pengeluar alat ini mengambil pendekatan masing-masing menyediakan pakej yang mudah untuk digunakan. Arduino juga cuba memperkenalkan kaedah yang mudah difahami untuk mengendalikan alat ini. Ianya sangat bagus untuk pelajar, guru, dan peminat hobi elektronik untuk belajar sistem ini.


Kelebihan arduino
  1. Murah - Harga bagi sebuah papan litar arduino adalah sangat berpatutan berbanding platform mikrokontroller yang lain. Bagi sesiapa yang inginkan arduino dengan kos yang lebih rendah mereka boleh membuatnya sendiri.
  2. Cross-platfrom - Kebanyakkan mikrokontroller adalah terhad kepada Windows. Tetapi arduino mempunyai beberapa keistimewaan iaitu boleh digunakan pada Windows, Macintosh OSX, dan linux OS. 
  3. Bahasa pengaturcaraan yang mudah - Bahasa pengaturcaraan bagi arduino adalah ringkas dan mudah difahami bagi seseorang yang baru mengenal mikrokontroller dan jenis bahasa yang digunakan bagi platform arduino adalah C dan C++ programming language sahaja.
  4. Open source & Intensible software - Perisian arduino adalah Open source jadi sesiapa sahaja boleh mengubahnya. Bahasa yang digunakan boleh diubah melalui C++ libraries.
  5. Open Source & Intensible hardware - Arduino adalah mikrokontroller berteraskan Atmel's ATMEGA8 dan ATMEGA168. Litar untuk modul ini boleh di dapati di laman web arduino secara percuma dan sesiapa sahaja boleh memuat turun dan menggunakan litar tersebut untuk menghasilkan arduino mereka sendiri.

Suis + LED Berkelip

Cara Kerja: LED akan menyala apabila suis ditekan dan akan terpadam apabila suis dilepaskan


Tactile switch adalah sejenis suis tekan yang sering digunakan di dalam projek elektronik. Kebiasaanya dipasang pada PCB, Donut board atau Strip board dan ia juga boleh dipasang pada breadboard. Suis jenis ini terdapat dalam berbagai bentuk dan kadang kala mempunyai 4 kaki dan 2 kaki. 




Selain dari suis jenis ini anda juga boleh menggunakan suis lain seperti rocker, toggle, push button, slide dan lain-lain yang sesuai untuk projek anda.

Komponen/Peralatan:
  • Arduino/Programming cable x 1
  • Breadboard x 1
  • 5mm LED x 1
  • Perintang 330R x 1
  • Perintang 1K x 1
  • Suis tekan (Tactile) x 1

Penyambungan:


Note:
** Perintang 1K digunakan sebagai pull up untuk mengelak dari berlakunya button debounce

Di sini terdapat 2 jenis kod yang berbeza tetapi kedua-duanya mempunyai fungsi yang sama:


Kod 1:



Kod 2:

Suis + LED

Cara Kerja: LED akan menyala apabila suis ditekan dan akan terpadam apabila suis dilepaskan


Tactile switch adalah sejenis suis tekan yang sering digunakan di dalam projek elektronik. Kebiasaanya dipasang pada PCB, Donut board atau Strip board dan ia juga boleh dipasang pada breadboard. Suis jenis ini terdapat dalam berbagai bentuk dan kadang kala mempunyai 4 kaki dan 2 kaki. 




Selain dari suis jenis ini anda juga boleh menggunakan suis lain seperti rocker, toggle, push button, slide dan lain-lain yang sesuai untuk projek anda.

Komponen/Peralatan:
  • Arduino/Programming cable x 1
  • Breadboard x 1
  • 5mm LED x 1
  • Perintang 330R x 1
  • Perintang 1K x 1
  • Suis tekan (Tactile) x 1

Penyambungan:


Note:
** Perintang 1K digunakan sebagai pull up untuk mengelak dari berlakunya button debounce

Di sini terdapat 2 jenis kod yang berbeza tetapi kedua-duanya mempunyai fungsi yang sama:


Kod 1:



Kod 2:

RGB LED (Fade)

Cara Kerja: RGB LED akan menyala dan bertukar warna secara Dimming Effect

  

RGB LED adalah seperti LED biasa tetapi mempunyai 4 pin yang mana mempunyai fungsi tertentu yang dapat menyalakan 3 warna asas iaitu Merah Hijau dan Biru. Terdapat 2 jenis common RGB LED di pasaran iaitu Common Cathode dan Common Anode. Kedua-duanya  adalah sama cuma penyambungan ada sedikit berbeza.

Untuk jenis Common Cathode pin paling panjang disambungkan pada GND (0V) manakala untuk Common Anode pin paling panjang disambungkan pada VCC (5V) seperti gambarajah diatas.

Di dalam tutorial ini RGB LED Common Cathode digunakan. Penyambungan dan Kod perlu betul untuk menyalakan ketiga-tiga warna yang berbeza. Jika menggunakan Common Anode, penyambungan dan kod perlu diubahsuai.

Komponen/Peralatan:
  • Arduino/Programming cable x 1
  • Breadboard x 1
  • 5mm RGB LED x 1
  • Perintang 330R x 3


Penyambungan Common Cathode:


Kod Common Cathode:





Penyambungan Common Anode:



Kod Common Anode:

RGB LED Berkelip

Cara Kerja: RGB LED akan berkelip dalam masa 1 saat dan berubah warna

  

RGB LED adalah seperti LED biasa tetapi mempunyai 4 pin yang mana mempunyai fungsi tertentu yang dapat menyalakan 3 warna asas iaitu Merah Hijau dan Biru. Terdapat 2 jenis common RGB LED di pasaran iaitu Common Cathode dan Common Anode. Kedua-duanya  adalah sama cuma penyambungan ada sedikit berbeza.

Untuk jenis Common Cathode pin paling panjang disambungkan pada GND (0V) manakala untuk Common Anode pin paling panjang disambungkan pada VCC (5V) seperti gambarajah diatas.

Di dalam tutorial ini RGB LED Common Cathode digunakan. Penyambungan dan Kod perlu betul untuk menyalakan ketiga-tiga warna yang berbeza. Jika menggunakan Common Anode, penyambungan dan kod perlu diubahsuai.

Komponen/Peralatan:
  • Arduino/Programming cable x 1
  • Breadboard x 1
  • 5mm RGB LED x 1
  • Perintang 330R x 3


Penyambungan Common Cathode:


Kod Common Cathode:




Penyambungan Common Anode:



Kod Common Anode: